Pages

Friday, October 10, 2014

BANYAK TOHMAHAN DAN FITNAH DALAM BIOPIK SALOMA - ADLIN AMAN RAMLI


Kuala Lumpur - Pelakon Adlin Aman Ramli, 41, telah mengenal pasti kira-kira 29 babak dalam biopik Saloma yang dikatakan prejudis sehingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pewaris Allahyarham AR Tompel.

Walau bagaimanapun, kata Adlin, perkara itu tidak akan didedahkan buat masa ini dan bakal dihuraikan tidak lama lagi.

``Semua yang dipaparkan itu berunsur tohmahan dan fitnah. Banyak watak hitam arwah ayah kami ditampilkan kepada umum. Perkara itu memberi impak psikologi kepada kami.

``Kami memang sedih dengan apa yang berlaku. Malah, kami sebagai pewaris juga tidak dibawa berbincang sebelum telefilem itu dibuat. Kalau kami turut serta pasti banyak input mengenai arwah bapa kami diperoleh,'' katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), di sini semalam.

Telefilem biopik Saloma yang ditayangkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mula bersiaran pada 28 Ogos lalu manakala tuntutan untuk penarikan tayangan oleh pewaris AR Tompel sudah dikemukakan kepada pihak Astro pada 26 September lalu.

Tambah Adlin, penulisan dan pengarahan biopik itu juga tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor