Pages

Monday, September 8, 2014

MARAN : NEGARA MAMPU CAPAI PENDAPATAN PERKAPITA USD 15K MENJELANG 2019




Maran - Sasaran mencapai pendapatan perkapita USD 15 Ribu menjelang tahun 2020 adalah cerah. Demikian dinyatakan oleh Dato Sri Husni dalam sidang akhbar sejurus selesai merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran pagi semalam (7hb. September 2014).

Menurut beliau lagi, 'Unjuran pada tahun 2013 adalah USD 9,700 dan kita mencapai mengatasi USD 10 Ribu lebih. Ianya adalah penapaian luar biasa dengan kadar pertumbuhan suku pertama sebanyak 6.2%, suku ke dua 6.3%. Ertinya pertumbuhan ekonomi adalah tinggi dan sustainable".

Beliau juga menjangkakan pada penghujung tahun ini nanti negara akan dapat mencapai diantara 5.5% hingga 6%. Oleh yang demikian negara mampu mencapai pendapatan USD 15 ribu lebih awal dari tahun 2020 iaitu pada tahun 2019 kelak.

Ini disokong oleh pertumbuhan ekonomi pada tahun 2015 yang dijangka lebih rancak disebabkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat telah pulih dan ekonomi negara-negara Eropah juga sudah nampak positif.  Pada tahun hadapan, unjuran Bank Dunia dan IMF menjangka pertumbuhan adalah lebih baik dari tahun ini.

Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi ini dikongsikan secara adil oleh seluruh rakyat, Dato Sri Husni juga memaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi akan difokuskan lebih kepada kawasan luarbandar dengan cara berusaha meningkatkan pendapatan petani bukan hanya seperti sebelum ini yang hanya menumpu kepada pembangunan infrastruktur.

Jurang pendapatan rakyat juga dilihat semakin menguncup iaitu diantara 0.431 - 0.421. Sementara KDNK pada tahun 2012 lalu dicatat meningkat dari 32% kepada 33%.















No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor