Pages

Monday, September 8, 2014

KERAJAAN JAMIN KEPUTUSAN TERBAIK MENGENAI AKTA HASUTAN

Najib Tun Razak - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, terbuka tetapi dalam keadaan terkawal supaya negara terus harmoni, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan melakukan sesuatu langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.

"Percayalah proses itu akan dilakukan penuh berhemah, dengan cara terbuka tetapi dalam keadaan terkawal mudah-mudahan kesudahannya nanti negara lebih harmoni, kukuh, stabil dan berjaya," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Najib menegaskan langkah itu akan dilakukan secara rasional kerana untuk mengubah atau memperkenalkan sesuatu akta ia mestilah lebih baik daripada akta sedia ada.

"Dalam hal itu kita akan melakukan rundingan dengan semua 'stake holder' (pihak berkepentingan), tentu sekali yang dilihat bersuara dalam hal ini ialah kumpulan yang mewakili orang Melayu," katanya.

Najib berkata, beliau faham mengapa komuniti Melayu menyuarakan pandangan berkaitan Akta Hasutan kerana terdapat isu yang paling dekat dengan mereka iaitu berkaitan Islam, raja-raja Melayu dan peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor