Gombak - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kepala terputus, di Kilometer 32, Jalan Gombak Lama, di sini, semalam.
Dipercayai mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak ke kawasan berkenaan dan ditemui orang awam sekitar jam 2 petang semalam.
Unit forensik terpaksa menggunakan tali untuk turun memeriksa mayat yang berada di kawasan cerun.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan masih menunggu laporan daripada forensik.
Menurutnya, kepala lelaki berkenaan ditemui dekat dengan badan mayat dalam keadaan bahagian matanya diikat dengan pita pelekat.
“Kesan kecederaan atau darah pada anggota mangsa sukar dikenal pasti berdasarkan keadaannya yang telah reput dan berulat.
“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa yang memakai seluar pendek paras lutut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor