Pages

Saturday, August 2, 2014

POLIS NAFI BERITA POTONG TANGAN PELAJAR TAHFIZ


Polis nafi berita potong tangan pelajar tahfiz

Shah Alam – Polis Selangor menafikan penyebaran berita yang mendakwa enam pelajar tahfiz dipotong tangan di kawasan Pandamaran Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Jaafar menyifatkan penyebaran itu sebagai cubaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Penyebaran maklumat melalui medium media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat satu kejadian di mana orang India telah memotong tangan enam orang Melayu (tabligh) yang berumur lima tahun hingga belasan tahun yang mana mereka dikatakan pulang daripada tahfiz di kawasan Pandamaran Klang adalah tidak benar dan palsu semata-mata

“Ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Polis Selangor, semalam.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor