Kuala Lumpur - Sudah tiba masanya untuk kerajaan menapis Internet, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam catatan terbarunya dalam blog beliau hari ini, http://chedet.cc, bekas Perdana Menteri berkata: "Tidak mengetahui kuasa Internet, saya telah berjanji bahawa kami (bercakap sebagai perdana menteri Malaysia ketika itu) tidak akan menapisnya.
"Tetapi pada masa ini, saya telah menukar fikiran saya...kerana pemain-pemain, termasuk mereka yang mengawal server, telah melakukan tapisan mereka sendiri tentang apa yang boleh disiarkan dalam media alternatif ini.
"Saya sendiri merasai bahana tapisan itu," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau pertama kali menggunakan platform antarabangsa itu untuk menghoskan blog beliau.
Apabila ratusan ribu mengunjungi blog itu, tiba-tiba platform itu menolak menjadi hos laman blog beliau.
"Saya telah menukar platform tetapi sekali lagi ia disekat. Saya kini telah menukar server dan platform sebanyak tiga kali. Namun masih ada cubaan untuk menyekat blog saya," katanya.
Dr Mahathir berkata internet telah memainkan peranan penting dalam menjejaskan moral awam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor