Pages

Sunday, July 20, 2014

SESEORANG CUBA HUBUNGI KELUARGA GUNA IPAD MANGSA


Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

Shah Alam – Keluarga mangsa nahas MH17 dilaporkan ada menerima mesej melalui laman sosial Facebook mangsa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, memaklumkan perkara itu melalui kemas kini status Facebooknya, semalam.

Beliau telah bertemu keluarga mangsa MH17 dan salah seorangnya merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, Leftenan Komander Lee Vee Weng yang kehilangan isteri, anak dan adik ipar dalam nahas, Khamis lalu.

“Isterinya seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah yang ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp yang membawa adik perempuan bagi membantu menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun ketika dia menghadiri persidangan.

“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur untuk mengesan individu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor