Shah Alam - Menteri Beliau dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyertai protes terhadap kekejaman Israel bersama-sama ribuan peserta lain di London, semalam.
Khairy memuatnaik gambar beliau di tengah-tengah ribuan peserta lain ketika dalam perjalanan ke kedutaan Israel di London.
"Dalam perjalanan ke Kedutaan Israel di London. Ribuan. Pelbagai agama. Free Palestine," tulisnya di Twitter.
Ekoran jalan ke kedutaan tersebut ditutup, Khairy memberitahu peserta protes berkumpul di jalan High Street Kensington.
Beliau tiba di London semalam bagi menyertai Sukan Komanwel di Glasgow.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor