Artikel dan foto oleh: Abadi Romeo
Jengka 3, 20.7.2014 - Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang menyampaikan sumbangan dari Persatuan Sutradara Malaysia kepada golongan yang memerlukan sempena Ramadhan Al Mubarak.
Seramai 20 orang telah menerima sumbangan berupa keperluan asas adalah sebahagia daripada aktviti kemasyarakatan yang dilakukan oleh FDAM melalui program kembara amal Ramadhan.
FDAM yang diwakili oleh Saudara Mohd Khairil Saleh selaku ketua program Kembara Amal Ramadhan turut disertai 12 orang ahlinya.
DUN Kuala Sentul bagi Daerah Maran telah dipilih sebagai destinasi ke 5 sebelum berakhir di Daerah Temerloh.
Program yang bermula di Putrajaya turut singgah di Simpang Pelangai bagi Daerah Bentong seterusnya menuju ke Kuala Terengganu, daerah Maran dan berakhir di daerah Temerloh.
Jelajah Amal Ramadhan yang bermula pada 16hb Julai berakhir pada 20hb Julai merupakan salah satu program amal bagi menunjukkan kepada masyarakat golongan artis juga turut sama prihatin dan menggalas tanggungjawab sosial membantu mereka yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor