Gaza City - Seluruh kakitangan hospital tersentuh apabila seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh selepas terkena serangan udara Israel, awal pagi tadi (waktu tempatan).
Bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan, BBC.
Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital.
"Saya sangat-sangat marah! Saya sangat sedih...
"Saya merasakan bayi ini milik saya," kata seorang doktor Palestin ketika diwawancara BBC.
Serangan udara yang menyebabkan ibu bayi itu maut berlaku di kawasan perumahan orang awam, lapor media tempatan.
Menurut laporan BBC, lebih 800 orang terbunuh yang kebanyakannya orang awam di Gaza sejak Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu.
Manakala, laporan sama turut menyebut hanya 36 orang Israel maut sejak serangan yang dilancarkan zionis sebagai protes tindakan Hamas yang didakwa melancaran serangan roket ke atas Israel.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor