KUANTAN - Kerajaan Negeri terus bertekad untuk melaksanakan projek perumahan seperti mana pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam usaha memastikan masyarakat memiliki rumah sendiri terutama golongan muda.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rumah yang berkeluasan 3,000 kaki persegi tersebut akan terus ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.
"Rumah yang memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air itu akan dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM70,000 hingga RM150,000.
"Sesiapa sahaja tanpa mengira kaum boleh memohon untuk mendapatkan rumah tersebut yang akan dibina menggunakan Sistem Binaan Bersepadu (IBS)," katanya.
Menurut Adnan, melalui teknologi IBS, rumah tersebut dijangka siap dalam masa yang singkat iaitu antara dua hingga tiga minggu.
"Pada masa kini, kita telah mengenal pasti beberapa lokasi, antaranya ialah di Lipis dan Bentong," jelasnya.
Tambah Adnan, dalam memenuhi keperluan perumahan pada masa kini, kerajaan cuba untuk mengurangkan harga rumah yang semakin meningkat.
"Justeru, Kerajaan Negeri bersedia untuk berunding dengan mana-mana pemaju asalkan mereka bersetuju dengan keuntungan sebanyak 30 peratus sahaja daripada harga kos," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor