Pages

Monday, April 14, 2014

TIADA KOMPROMI ISU KALIMAH ALLAH




Shah Alam - Mana-mana agama tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH bagi tujuan dakyah mahu pun propaganda.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata demikian ketika menjawab soalan dari Adun Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias pada sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menurutnya, larangan itu tidak hanya berlaku kepada penganut agama lain, malah turut berlaku kepada penganut agama Islam.

"Bukan sekadar orang bukan Islam. Menyalah guna kalimah ALLAH juga larangan kepada orang-orang Islam... mencemarkan kalimah ALLAH.

"Agama mana pun, tidak boleh guna kalimah ALLAH untuk dakyah... untukpropaganda. Itu yang terkandung dalam enakmen," katanya.

Dalam soalan tambahan, Shamsudin membangkitkan pula mengenai kepastian larangan penggunaan kalimah ALLAH dalam penyebaran agama Kristian kepada agama Islam.

Sehubungan itu, Sallehen yang juga Adun Sabak menegaskan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam penyebaran agama bukan Islam kepada agama Islam.

"Sekiranya mengikut enakmen sedia ada, penyebaran agama Kristian kepada agama Islam dengan menggunakan kalimah ALLAH adalah tidak boleh," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor