Shah Alam - Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi tadi dipercayai di bawah pengaruh dadah.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.
“Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut.
“Namun begitu, kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya.
Lori yang membawa muatan barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek serta besi menghala ke Ipoh itu merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya.
Dalam kejadian itu, Karpal, 74, bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.
Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38 serta pemandu MPV, C Selvam yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.
Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor