Pages

Thursday, April 17, 2014

ANWAR MUNGKIN TARIK DIRI




Petaling Jaya - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau akan menarik diri dari bertanding bagi jawatan presiden parti itu.

Katanya, tiada istilah untuk rebut jawatan daripada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana mereka pasukan ‘sehidup semati'.

“Kalau Anwar kekal, Azizah tarik diri. Kalau Azizah kekal Anwar tarik diri. Kami pasukan yang utuh. Hidup mati kami bersama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, semalam.

Beliau mengulas kemungkinan mahkamah persekutuan kekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya berhubung kes liwat.

Anwar mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) digunakan untuk halangnya bertanding dalam PKR.

“Sebelum ini mereka guna mahkamah halang saya bertanding PRK Kajang. Sekarang guna ROS untuk halang saya tanding presiden,” katanya.

Jika keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, Anwar tidak boleh pegang jawatan, mengikut peruntukan Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966 dan Fasal 7.1.4 Perlembagaan PKR.

1 comment:

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor