Pages

Thursday, March 20, 2014

SEMPAT MINTA UBAT SEBELUM AJAL




Dungun - “Cepat... nak ubat, minta Karmila balik cepat.”

Itu kata-kata terakhir Djaelani, 53, kepada anak perempuannya sebelum lelaki warga Indonesia itu meninggal dunia di sebuah rumah sewa, dekat Pulau Serai, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang sedang berehat di ruang tamu rumah anak perempuannya, Kanarita Andi, 22, mengadu sesak nafas.

Menurut Kanarita, bapanya sudah beberapa hari datang ke rumahnya selepas dibawa pulang dari rumahnya di Kampung Mak Lagam, Kemaman.

Katanya, dia mengambil bapanya yang tinggal seorang diri itu untuk dibawa pulang ke rumah kakaknya di Bachok Kelantan.

Bagaimanapun, selepas melihat keadaan kesihatan bapanya kurang mengizinkan, dia mengambil keputusan menjaganya sementara waktu sebelum mengajak tiga lagi adik beradiknya datang menjenguk mangsa.

“Masa tunggu kakak pulang beli ubat, dia (bapa) tiba-tiba lemah dan mengadu sesak nafas. Saya lihat keadaannya semakin tenat, saya cuba ajar mengucap tapi dia dah tak tunjuk sebarang tindak balas,” katanya.

Kanarita berkata, beberapa hari sebelumnya, bapanya yang bekerja sebagai penjaga sarang burung walit ada menyatakan hasrat mahu berjumpa dengan anak-anaknya.

"Tak sangka pula itu permintaan terakhir ayah sebelum meninggal dunia," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan hasil siasatan awal polis, mangsa dipercayai mengalami masalah kesihatan serta pernah keluar masuk hospital.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kes tersebut.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor