Pages

Friday, March 21, 2014

REMAJA DITIKAM 57 KALI, DITANAM HIDUP-HIDUP




Dublin: Seorang remaja Chechnya berdepan dengan maut apabila diserang dan ditanam hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki tempatan, lapor media semalam.

Adam Labazanov berkata, dia diculik kumpulan terbabit sebelum dibogelkan.

Mereka juga, kata remaja berusia 19 tahun itu, bertanya latar belakangnya.

“Selepas saya mengaku berasal dari Chechnya dan beragama Islam, mereka menikam kemaluan serta seluruh badan saya,” katanya. Pemeriksaan perubatan mendapati secara keseluruhan Adam mengalami 57 tikaman.

Menurut Adam, disebabkan tidak mampu melawan, dia terpaksa berpura-pura mati. Keadaan itu mendorong kumpulan lelaki terbabit menanamnya tanpa menyedari dia sebenarnya masih hidup. Kata Adam, dia dalam perjalanan ke tempat kerja bersama bapa tirinya, Alikhan Bakaev, kira-kira jam 5.15 pagi apabila laluan mereka dihalang sekumpulan lelaki kononnya pengawal keselamatan tempatan di Jalan Bohernabreena, Tallaght, Dublin Selatan Katanya, dia dan Alikhan menaiki kereta untuk ke tempat kerja mereka di sebuah ladang.

Tiba di Jalan Bohernabreena, sebuah kereta lain memotong dan mengarahkan mereka berhenti. “Lelaki dalam kereta berkenaan mengancam menahan bapa tiri saya tetapi kami mengesan pembohongan kumpulan terbabit dan cuba melarikan diri,” katanya. Walaupun Alikhan berjaya melarikan diri, Adam tidak bernasib baik dan ditangkap penjenayah terbabit. “Mereka asyik mengulang-ulang ugutan untuk membunuh saya dan membuang mayat saya ke sungai,” katanya. Kereta Alikhan juga dibakar. “Apabila saya diheret ke dalam kereta mereka, saya ditikam berkali-kali dikaki, bahu, belakang, muka dan perut,” katanya. Selepas kira-kira tiga kilometer, penjenayah itu berhenti dan menariknya keluar.


Adam Labazanov

Ketika itu, kata Adam, dia sedar satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri ialah dengan berpura-pura mati. “Mereka membogelkan saya dan menutup saya dengan daun dan pasir sebelum berlalu pergi.

“Saya tak pernah mengalami rasa takut sebegitu sebelum ini,” katanya ketika ditemui. Sementara itu polis berkata, mereka percaya serangan itu dilakukan secara rambang.

1 comment:

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor