Kuantan – Karnival Bersama Muzium Sungai Lembing yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 28 hingga 30 Mac ini dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, sekali gus mempromosikan lokasi penuh bersejarah berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, walaupun lokasi agak jauh dari bandar Kuantan tetapi Muzium Sungai Lembing mencatat kunjungan memberangsangkan.
“Pada tahun lepas kita menerima kira-kira 85, 000 pelawat iaitu dengan catatan yang amat baik melepasi target awal hanya menyasarkan 70, 000.
“Bagi 2014 kita sasar seramai 80,000 pelawat dan penganjuran karnival ini diyakini mampu menjadi salah satu tarikan utama.
“Kunjungan pelancong asing pada Januari dan Februari 2014 juga menunjukkan perkembangan yang baik dan boleh dibanggakan memandangkan lokasi kita agak jauh di pedalaman,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor