Pages

Monday, March 3, 2014

PRAMUGARI DISAMUN, DIBOGEL DAN DIRAKAM GAMBAR




Nilai: Dua pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan bukan saja disamun, malah seorang daripada mereka mengalami detik hitam apabila dilarikan hampir 10 kilometer sebelum dibogelkan dan gambarnya dirakam.

Mangsa berusia awal 20-an itu dikatakan disamun di Bandar Baru Nilai jam 7 pagi.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kedua-dua mangsa menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab malam ibu negara dengan mangsa mahu menghantar rakannya pulang ke rumah sewa di bandar berkenaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dikatakan mengekori kereta mangsa dan menghimpit kereta mangsa sebaik tiba di laluan sunyi.

“Ketika itu, kereta dinaiki keempat-empat suspek membunyikan hon sebelum melanggar kereta mangsa menyebabkan mangsa yang ketakutan bertindak memecut laju.

“Suspek kemudian mengejar kenderaan mangsa sebelum sekali lagi melanggar keretanya hingga terbabas ke tepi longkang,” katanya.

Katanya, tiga lelaki keluar dari kereta berkenaan lalu memecahkan cermin kereta mangsa sebelum mengarahkan kedua-dua pramugari berkenaan menyerahkan barang berharga.

“Seorang daripada suspek mengambil telefon bimbit rakan mangsa sebelum meraba mangsa menyebabkan wanita itu melawan manakala dua lagi suspek mengarahkan mangsa yang duduk di depan dengan menarik tangannya masuk ke dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, rakan mangsa mendapatkan bantuan orang awam untuk membawanya ke balai polis berhampiran bagi membuat aduan.

“Mangsa yang dilarikan suspek itu bukan saja dibogelkan, malah gambarnya turut dirakam ketika berada dalam kereta berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor