Semakin hari kita semakin hampir kepada hari penentuan PRK Kajang. Atas nama demokrasi rakyat dipaksa memilih wakil rakyat yang baru meskipun wakil rakyat yang mereka pilih dahulu masih sihat fizikal dan mungkin juga mental.
Penggundi Kajang juga tidak benar-benar pasti kerana apa PRK ini terpaksa diadakan. Yang mereka rasakan adalah mereka telah terpaksa membuang masa untuk membuang undi yang tidak benar-benar perlu. Yang mereka rasai adalah atas nama demokrasi hak mereka sebagai pengundi dipermainkan.
Yang mereka rasai, pembangkang mempermainkan dan tidak menghormati demokrasi. Atas nama demokrasi atau apa saja pembangkang memaksa rakyat untuk memberikan tentangan kepada kerajaan yang telah dipilih secara sah dengan undi majoriti bagi membentuk Parlimen.
Konon Adun yang ada diminta kosongkan kerusi semata-mata bagi memberikan peluang DS Anwar untuk bertanding. Menang atau kalau bukan sesuatu yang penting bagi rakyat kerana tidak akan mengubah apa-apa. Kerajaan Pusat akan tetap dibawah pemerintahan Barisan nasional dan Kerajaan Negeri akan tetap diperintah Pembangkang, justeru PRK ini untuk apa?
PRK ini untuk apa jika bukan hanya semata-mata untuk DS Anwar. Untuk DS Anwar menguji masih ramaikah lagi rakyat yang menyokong beliau. Untuk terus menghidupkan harapannya untuk jadi pemimpin nombor satu negara. Untuk membuatkan namanya terus jadi sebut-sebutan dan tidak hilang dari mulut dan hati rakyat.
Namun segala-galanya itu untuk apa selain dari hanya untuk DS Anwar sendiri. Perjuangan parti KeAdilan yang ditubuhkan dulu hanya untuk memberi keadilan (?) kepada DS Anwar seorang sahaja. Kerana itu akhirnya mereka yang sama-sama mengasaskan parti itu meninggalkannya lantaran sedar tidak ada sedikitpun agenda perjuangan parti itu untuk membela rakyat.
Pemimpin yang sebenar adalah mereka yang diangkat oleh rakyat untuk memimpin mereka dan memperjuangkan harapan rakyat, tetapi DS Anwar adalah pemimpin yang menggunakan dan memijak rakyat untuk tampil kehadapan dan memperjuangkan cita-cita peribadinya.
Kenapakah menjadi Perdana Menteri Malaysia begitu perlu untuk DS Anwar? Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memadamkan segala catatan-catatan hitam sejarah kehidupannya. Semata-mata untuk menutup segala keburukan yang telah dilakukannya selama ini. Rakyat dipergunakan dan di'liwat' dengan mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan semata-mata untuk menutup kes liwatnya.
Tun Dr Mahatir begitu baik kerana masih enggan membongkar segala kisah dan pelbagai keburukan yang telah DS Anwar lakukan sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri. Jika tidak tentu rakyat akan 'termuntah' dengan segala 'lakonan' yang DS Anwar lakonkan selama ini. Yang mereka sangka permata sebenarnya hanyalah kaca yang tajam dan memungkinkan kita akan terluka kerananya.
DS Anwar gagal untuk bertanding dalam PRK Kajang yang diciptanya sendiri. Perancangan DS Anwar tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Jika Allah memang mengkehendaki DS Anwar jadi Perdana Menteri, tentu sudah lama dulu lagi DS Anwar jadi Perdana Menteri. Demikianlah Allah sudah menentukan bahawa DS Anwar telah gagal untuk menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 lalu, dan tidak juga sampai bila-bila. Mungkin nasib DS Anwar hanyalah sebagai Perdana Menteri dalam impian, Perdana Menteri dalam angan-angan.
Untuk terus memburu cita-citanya, DS Anwar terpaksa meletakkan DS Wan Azizah sebagai calon PRK Kajang. Apakah ada beza antara mereka berdua? DS Wan Azizah juga pernah mengosongkan kerusi Permatang Pauh semata-mata hanya untuk memberikan laluan kepada DS Anwar semula. Sekali lagi rakyat dipergunakan atas nama kononnya demokrasi. Konon DS Wan Azizah ingin memberikan tumpuan kepada keluarga... menjaga anak cucu, sepertimana juga DS Anwar yang berjanji tidak akan terlibat lagi dalam politik dan menjadi pensyarah universiti andainya gagal dalam PRU 13 lalu. Namun akhirnya rakyat melihat janji-janji mereka berdua adalah sama-sama dusta.
DAP mencanang konon DS Wan Azizah akan jadi Perdana Menteri wanita Malaysia pertama jika sokongan diberi dalam PRK Kajang, sedangkan rakyat tahu kemenangannya dalam PRK ini pun belum tentu membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Yang dipertandingkan pula adalah kerusi Dun bukan kerusi Parlimen. Jelas pembangkang sanggup berbohong dan melakukan apa sahaja demi memenangkan mereka dalam PRK Kajang.
Pandangan untuk pengundi PRK Kajang. Jika kali ini kita dapat menjadi rakyat yang benar-benar bertanggungjawab demi masa depan anak bangsa, satu undi anda mestilah hanya untuk Barisan Nasional. DS Anwar dan pebangkang mesti diajardan diberi tahu bahawa kestabilan politik yang huru-hara tidak akan memberi faedah kepada rakyat. Rakyat sudah muak dengan demonstrasi dan rusuhan. Rakyat inginkan negara yang aman dan damai dan ingin hidup dalam harmoni diantara kaum. Itulah sebenarnya harapan dan masa depan 1Malaysia.
Terima kasih kepada DS Najib, Perdana Menteri yang sentiasa tenang meskipun pentadbirannya sentiasa diganggu-guggat oleh golongan yang sentiasa berusaha untuk menghuru-harakan negara. Semakin ramai rakyat yang sudah sedar dan semakin ramai yang sudah tidak ragu-ragu untuk berdiri dibelakang beliau. Rakyat yang selama ini membisu, sudah mula bersuara.... kami tetap akan terus menyokong kepimpinan DS Najib.
Editor.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor