New Delhi - Kerajaan India menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Kementerian Pertahanan India meluluskan penghantaran aset angkatan tenteranya untuk tujuan itu, ia berkata dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sebuah pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara India dan sebuah pesawat pemantau maritim jarak jauh P8 I dari Tentera Laut India telah dihantar bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat pada Jumaat.
Pesawat-pesawat ini telah tiba di Lapangan Terbang Subang.
Kedua-dua pesawat mampu melakukan pencarian di kawasaaan yang luas dan mampu terbang dalam jangka masa yang panjang.
Anak kapalnya telah diberi taklimat oleh pihak berkuasa Malaysia.
Sebaik kawasan pencarian dikenal pasti, pesawat berkenaan akan memulakan operasi mulai hari ini.
Ibu Pejabat Staf Pertahanan Bersepadu sentiasa berhubungan dengan Atase Pertahanan India di Malaysia dan menyelaras operasi yang dijangka berterusan untuk beberapa ketika.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor