Pages

Tuesday, March 4, 2014

PAHANG TIDAK CADANG CATU BEKALAN AIR




Kuantan - Pahang masih berupaya menyalurkan bekalan air bersih kepada semua penduduknya dan belum bercadang melaksanakan catuan sekalipun beberapa kawasan di daerah ini sudah mengalami gangguan bekalan.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata bagi menangani masalah di kawasan berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan agar pintu Empangan Chereh di Panching dibuka bagi menyalurkan bekalan ke kawasan terjejas.

Bagaimanapun kawasan yang terjejas mungkin bertambah jika musim kemarau berterusan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Projek Pemodenan Lesen Perniagaan peringkat negeri di Kompleks Yayasan Pahang di sini, semalam.

Mengulas persetujuan yang dicapai oleh kerajaan pusat dan kerajaan Selangor berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Adnan berkata kerajaan Pahang menyambut baik keputusan itu.

"Ini akan memudahkan proses penyaluran air dari Sungai Semantan ke Selangor sekali gus dapat menyelesaikan krisis air yang melanda negeri tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor