Seremban - Gara-gara mencuri barang kelengkapan harian bernilai lebih RM80, seorang pekerja spa kecantikan terpaksa meringkuk dua hari dalam penjara dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.
Durica Dayang Anak Jimbai, 26, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh apabila kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah kepadanya.
Sebelum itu, Durica yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung emaknya yang menghidap sakit jantung.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin memohon mahkamah menjatuhkan yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pasar Raya Tesco, Nilai pada jam 7.45 malam, 6 Februari lalu.
Tertuduh didapati mengambil beberapa barang keperluan harian tanpa membuat bayaran dan cuba keluar dari premis berkenaan menyebabkan dia ditahan oleh seorang pengawal keselamatan.
Antara barangan dicuri syampu jenama Clear, mandian jenama Lifebouy, ubat gigi jenama Colgate dan cecair pencuci mulut antiseptik jenama Listerine yang kesemuanya berjumlah RM81.06.
Berikutan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau kedua-duanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor