Pages

Saturday, March 29, 2014

GENERASI MUDA PERLU DI BIMBING CINTAKAN AL-QURAN


KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru semua sekolah di Pahang supaya melaksanakan tanggungjawab membimbing generasi muda mencintai al-Quran.

Baginda bertitah institusi pendidikan memainkan peranan penting bagi melahirkan gererasi yang celik al-Quran iaitu dengan mewujudkan kelas hafazan al-Quran dan tarranum.

"Saya juga menyeru supaya menjadikan pembelajaran al-Quran sebagai salah satu daripada kokurikulam di sekolah bagi menarik minat remaja dan kanak-kanak untuk membaiki, membaca, menghafaz serta memahami al-Quran untuk dijadikan panduan hidup," titah baginda.

Baginda bertitah demikian di majlis penutup tilawah al-Quran peringkat negeri Pahang kali ke-57 di sini Khamis malam.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam ucapannya berkata Pahang akan menjadi tuan rumah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 13 hingga 17 Mei depan.

Pada tilawah itu, imam Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya, Selangor yang mewakili daerah Jerantut, Ahmad Naeim Mohd @ Mat Isa, 27, merangkul johan qari dengan memperoleh 84.17 markah.

Wakil daerah Bera, Nur Hafizah Ahmad Tajudin, 26, yang merupakan guru agama sebuah sekolah di Negeri Sembilan dinobatkan johan qariah dengan memperoleh 84.33 markah.

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan piala pusingan.

1 comment:

  1. Nak beri pandangan kepada pihak kerajaan BN. Bagus inisiatif keagamaan yang dicetus dan dibimbing oleh pihak UMNO melalui kerajaan dan agensi-agensi. Malangnya puak/kumpulan PAS yang lebih efektif menyelusup masuk dalam semua program-program keagamaan dan terus selewengkan pemikiran kepada PAS dan membenci UMNO dan BN. Tengok rata-rata di masjid dan surau. Puak mana yang imarah dan hidupkan rumah-rumah Allah ini? UMNO dan penyokong UMNO perlu dan mesti aktif dan pertahankan rumah-rumah ALLAH daripada disalahguna oleh puak PAS dengan ceramah dan tazkirah doktrinasi. Letih lah nak nasihat puak UMNO untuk lebih serious dalam memperkasakan UMNO sebagai wadah yang tepat untup orang melayu dan masa depan orang melayu.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor