Sydney 23 Mac - Perdana Menteri Australia, Tony Abbot menyuarakan keyakinan bahawa harapan untuk mengetahui nasib pesawat MH370 yang hilang sejak 16 hari lalu semakin meningkat dengan penemuan beberapa serpihan yang tidak diketahui di kawasan pencarian.
Walaupun masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan, tetapi penemuan beberapa petunjuk yang sahih meningkatkan lagi harapan untuk mengetahui nasib pesawat itu," kata Abbot.
Beliau menyatakan harapan itu selepas penemuan tiga objek di Laut Hindi oleh satelit Australia dan satelit China, dipercayai serpihan pesawat MH370.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor