Pages

Monday, March 3, 2014

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU TUNGGAL DAERAH BERA



Bera 3 Mac - Yb Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Tunggal (Mutuara) Daerah Bera Tahun 2014 di Dewan Majlis Daerah Bera disini petang tadi.

Mesyuarat yang dihadiri oleh ibu-ibu tunggal berkenan bertujuan memantau dan merancang segala bentuk bantuan yang dapat diberikan oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban tanggungan ibu-ibu tunggal di daerah berkenaan.

Mesyuarat dihadiri lebih dari 100 ibu-ibu tunggal dari sekitar daerah Bera. Yb. Dato' Shahaniza sempat beramah mesra dengan semua hadirin sejurus selepas merasmikan mesyuarat berkenaan.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor