Kuala Lumpur 20 Mac - Penahanan enam suspek termasuk seorang wanita warga Thailand di sekitar Lembah Klang pada malam tadi dan hari ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong
Mayat mangsa ditemui di dalam tong tersebut yang dicampak di tepi jalan di Bukit Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan kira-kira pukul 6 petang.
Menurut sumber, penemuan itu berikutan dua daripada suspek terlibat mengaku telah membunuh ahli perniagaan itu.
Dua suspek terbabit menunjukkan polis lokasi mayat tersebut disembunyikan iaitu di kawasan Bukit Pelandok.
Polis kemudian menemui tong di mana mayat mangsa yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu disimen di dalamnya," katanya.
Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh pihak polis berhubung penemuan mayat itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor