Pages

Wednesday, March 19, 2014

KONSERT LIFE IN COLOR DIBATALKAN




Kuala Lumpur 19 Mac - Konsert Life In Color yang dijadualkan berlangsung 19 April ini dibatalkan, demikian menurut penganjurnya dalam kenyataan tiga perenggan di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembatalan konsert yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang itu sebagai menghormati rakyat dan negara ini.

"Life in Color, Future Sound Asia and Zouk KL memohon maaf kepada para peminat. Semua bayaran tiket yang sudah dibuat akan dipulangkan dan maklumat proses pemulangan akan dimaklumkan dalam tempoh beberapa hari lagi," kata kenyataan itu.

Penganjuran konsert Life In Color, iaitu parti cat terbesar di negara ini mendapat bantahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati sensitiviti rakyat negara ini yang sedang berduka ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Malahan konsert itu juga dibimbangi mengulangi tragedi di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu apabila enam penonton sebuah konsert antarabangsa maut selepas dipercayai mengambil dadah dan alkohol berlebihan.

1 comment:

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor