KUANTAN - Dua rakan termasuk seorang warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam selepas dituduh cuba mencuri besi batang paip di sebuah tapak projek di Kampung Ubai, dekat sini, 19 Mac lalu.
Kedua-dua tertuduh, Saiful Azman Saad, 41 berasal dari Changloon, Kedah dan rakannya warga Indonesia, Randi, 56 dari Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang mengaku bersalah sebelum dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari.
Kedua-dua tertuduh yang turut didenda RM800 berdepan hukuman penjara tiga minggu sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut.
Saiful yang sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak bersama rakannya itu dituduh cuba mencuri besi paip yang dianggarkan bernilai RM1,500 kira-kira jam 6.30 petang pada hari kejadian.
Cubaan itu gagal apabila salah seorang pekerja tapak projek tersebut ke lokasi dan terserempak dengan mereka ketika sedang memotong besi terbabit.
Panik dengan kehadiran pekerja itu, kedua-dua tertuduh melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Pengadu kemudiannya membuat laporan polis dan berdasarkan maklumat, anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) terserempak dengan kenderaan dinaiki tertuduh di satu kawasan di sini kira-kira jam 10 malam hari yang sama.
Kedua-dua tertuduh berjaya diberkas dan ditahan untuk siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan kedua-dua mereka berdepan separuh hukuman seperti mana yang diperuntukkan mengikut Seksyen 379 KK, penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor