BENTONG - Berikutan kebanjiran peniaga durian di tepi lebuh raya (LPT), pihak konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad mengambil keputusan mahu memindahkan peniaga peniaga terbabit ke kawasan yang lebih selamat dan strategik.
Ir Wan Razali Wan Muda, Pengarah Anih Berhad berkata, terdapat lebih 15 gerai yang dibuka di sepanjang
lebuh raya itu terutama di kawasan Bentong. Pihaknya kini sedang berbincang pelbagai pihak terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memindahkan peniaga terbabit ke lokasi yang lebih selamat bagi mengelakkan kemalangan melibatkan pengguna lebuh raya.
Ir Wan Razali berkata, antara lokasi yang telah dikenal pasti pada masa ini ialah berhampiran stesen minyak Petronas Sungai Dua yang dilihat lebih selamat dan strategik. Pihaknya juga bersedia mengeluarkan sejumlah wang bagi membantu peniaga berpindah sekiranya mereka bersetuju.
Ketua MCA Bentong, Datuk Hoh Khai Mun berkata, satu pertemuan dengan peniaga akan diadakan untuk mendapatkan kata sepakat didalam isu ini. Pertemuan ini amat penting kerana mahu memberikan penerangan tentang bahaya berniaga dikawasan terbabit kepada peniaga dan berharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Bentong terkenal dengan buah durian berkualiti tinggi seperti D24 dan juga Musang King. Setiap kali musim durian atau cuti sekolah, pengunjung luar terutama mereka didalam perjalanan menuju Kelantan atau Kuantan akan berhenti dan membeli durian terbabit. Malah ada peniaga yang menawarkan buah durian semurah RM10 ringgit dan makan sehingga kenyang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor