Kuantan - Kerajaan Negeri Pahang bercadang peruntukan bantuan khas dan geran untuk usahawan dikaji semula oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) supaya ianya bersesuaian dengan perniagaan mereka.
Dato' Shahiruddin Ab. Moin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri memberitahu, bantuan kewangan yang lebih besar dan sesuai harus diberikan kepada usahawan supaya perniagaan dapat dikembangkan lebih awal.
"Jumlah yang sesuai dapat membantu usahawan menembusi pasaran luar selain meningkatkan kualiti produk masing masing."
"Penjenamaan dan corak pembungkusan antara faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh usahawan didalam memasarkan produk mereka", katanya didalam sidang media selepas Majlis Penyampaian
Sijil Penyertaan kepada peserta Program Khidmat Pakar Runding
Pembangunan Produk dan Groom Big anjuran Sirim dan Mara, semalam.
Turut hadir didalam program ini, Pengarah Sirim Pahang, Zulkifli Masalan dan Pengarah Mara Pahang, Salemi Yusof.
"Penglibatan Sirim dan Mara didalam usaha membantu usahawan amat perlu kerana kedua agensi ini mempunyai kepakaran khusus didalam memastikan usahawan mampu mengorak langkah yang lebih panjang didalam perniagaan".
Pada majlis itu, seramai 30 usahawan menerima sijil tamat kursus yang disampaikan YB Dato' Shahiruddin Ab. Moin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor