Kuala Krau - Semua GiatMara diseluruh negara akan dijenamakan semula secara berperingkat. Penjenamaan ini perlu untuk meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan institusi ini supaya mampu berdaya saing dengan pusat pendidikan lain.
Datuk Mohd Rosdi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara berkata,
proses penjenamaan semula ini akan melibatkan aspek seperti kursus, sikap pelatih, tadbir urus, penambahbaikan aspek pengajaran dan
juga kemudahan peralatan.
"Sejak penubuhan GiatMara pada tahun 1986, agensi ini telah mencapai pelbagai kejayaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat ruang untuk meningkatkan lagi nilai tambah yang boleh menjadikannya sebagai agensi yang cemerlang."
Katanya selepas majlis ramah mesra bersama warga GiatMara Kuala Krau. Turut hadir sama adalah Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said,
Pengerusi GiatMara, Datuk Jaujan Sambakong dan Pegarah GiatMara negeri,
Sallehhoddin Abu Bakar.
Fokus utama dalam penjenamaan semula GiatMara antaranya adalah memastikan GiatMara mendapat tapak tanahnya sendiri. Ianya bertujuan menyediakan kelengkapan lengkap untuk tujuan pembelajaran. Selain itu, pelbagai kursus baru yang releven dengan pasaran tempatan turut dapat ditawarkan.
"Selain itu, peralatan yang terdapat di GiatMara juga akan dikaji semula supaya ianya mengikuti perkembangan teknologi terkini dan kekal releven dengan skop pasaran. Pelatih giatMara juga akan dipastikan mempunyai jati diri yang tinggi dengan tidak mengabaikan aspek kemahiran semata mata", katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor