Pages

Monday, February 10, 2014

PENGUNJUNG KECEWA PARTI POLITIK CUBA RAMPAS MAJLIS


Kuantan - Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diajurkan oleh Persatuan Tiong Hua Kuantan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah semalam menerima kunjungan yang tidak diduga sehingga mengakibatkan rasa kurang senang dikalangan tetamu yang hadir.

Majlis sambutan yang dianjurkan oleh NGO tersebut telah bertukar menjadi majlis Politik apabila segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dilihat cuba merampas majlis ketika ianya sedang berlangsung.

Dilaporkan bahawa disetiap meja jemputan tertera kad yang memaparkan gambar serta bendera wakil rakyat dari kalangan parti Pembangkang diletakkan tanpa disedari oleh pihak penganjur.

Tindakan pihak berkenaan dilihat sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab memandangkan majlis tersebut dianjurkan oleh sebuah pertubuhan NGO yang tidak terlibat langsung dengan mana - mana parti Politik.

Rungutan dari tetamu yang hadir turut dikongsikan didalam laman media sosial yang jelas kesal dengan tindakan tersebut. Mereka menganggap diri mereka seolah - olah telah terpedaya.

Memandangkan wujud suasana kurang senang dari kalangan tetamu yang hadir, pihak penganjur segera mengambil tindakan merampas semua kad - kad yang diletakkan diatas meja.

Ada juga pihak yang menganggap tujuan pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah sebagai salah satu langkah sabotaj untuk memburuk - burukkan Persatuan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor