Oleh: Bard
Kuantan 03 Feb - Pasukan PDRM Kontijen Pahang telah melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) peringkat Kontijen Pahang. Majlis Pelancaran yang berlangsung di Dataran Kerang, Kuantan telah dirasmikan oleh YDH Senior DCP Dato' Sharifuddin bin Ab.Ghani, Ketua Polis Pahang.
Dalam sidang Media yang diadakan sebentar tadi, Dato' Ketua Polis Pahang telah menyatakan bahawa Kontijen Pahang telah menerima sebanyak 68 buah motosikal jenama Kawasaki Ninja 250cc.
Buat masa ini hanya 3 Daerah dahulu yang akan menerima motosikal berkenaan. Daerah-daerah yang dipilih adalah berdasarkan indeks jenayah yang sering berlaku. Antara daerah yang menerima motosikal berkenaan adalah daerah Kuantan sebanyak 2 unit (34 Buah Motosikal), Temerloh 1 unit (17 buah motosikal) dan Rompin 1 unit (17 Buah Motosikal).
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan membuat rondaan 24jam di kawasan-kawasan perkampungan, taman-taman, pusat-pusat rekreasi, bank-bank dan juga disekitar bandar yg selalu menjadi tumpuan penjenayah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor