Sungai Lembing terletak kira-kira 45 kilometer di barat laut Kuantan. Terkenal sebagai pekan perlombongan bijih timah sejak awal 1900. Selain dari Lombong Sg Lembing, Muzium dan Air Terjun Pelangi, Bukit Panorama juga adalah antara destinasi menarik untuk dilawati.
Bukit setinggi lebih 1600 kaki itu mengambil masa kira-kira 1 jam untuk ditawan. Trek dan tangga pendakian disediakan dan dijaga rapi. Beberapa pondok rehat juga disediakan bagi pengunjung untuk menghilangkan lelah.
Bukit Panorama sering digunakan oleh penduduk tempatan sebagai kawasan untuk beriadah dan berjogging. Selain itu, hutan diptrokarp bukit disitu juga menawarkan pelbagai species tumbuhan yang menarik antaranya periuk kera, buluh dan rotan 'gajah' species rotan terbesar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor