Pekan - Kebanjiran remaja peminta sedekah di Pahang menggusarkan ramai pihak. Kehadiran mereka yang mengaku pelajar pusat tahfiz tertentu mengundang rasa tidak selesa kepada masyarakat. Tambahan pula, dakwaan sebagai pelajar tahfiz memburukkan nama insititusi tahfiz negara.
Kumpulan remaja peminta sedekah ini biasanya tertumpu di kawasan tumpuan orang ramai seperti bank, medan selera mahupun stesen minyak. Mereka biasanya menjual kalendar, kismis, minyak angin mahupun cd ceramah ataupun nyanyian nasyid buatan sendiri.
Menurut seorang pelanggan stesen minyak yang dikenali sebagai Luqman, beliau sering didatangi kumpulan remaja berkenaan ketika sedang mengisi minyak. Remaja berkenaan mengaku diarahkan oleh pusat tahfiznya untuk meminta derma.
“Saya merasa hairan kerana jika benar mereka adalah pelajar pusat tahfiz, adakah pelajar ini tidak
mengikuti sesi pembelajaran ekoran kerap kali bertemu mereka pada hari
persekolahan,”.
Kegiatan ini sudah lama berlaku dan ianya berlaku kerana tiada pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa.
"Perbuatan ini sepatutnya diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana ianya jelas satu bentuk penganiayaan dan eksploitasi ke atas kanak-kanak dan remaja demi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab."
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor