Pages

Tuesday, February 4, 2014

ANWAR IBRAHIM PERMAINKAN PENGUNDI KAJANG




Hulu Langat - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memperbodohkan rakyat apabila dia menafikan pula bahawa beliau telah mengadakan rundingan  dengan Lee Chin Cheh, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang,

Penafian ini dibuat oleh Anwar Ibrahim tidak sampai 24 jam selepas beliau mengakuinya ketika berceramah di hadapan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Di Permatang Pauh, Anwar mengatakan beliau telahpun berunding untuk mendapatkan kerusi Dun Kajang.

Walaubagaimanapun pada malam kelmarin di Kajang, Anwar mendakwa beliau hanya menemui Chin Cheh beberapa jam sebelum Chin Cheh menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Saya hanya sempat jumpa beberapa jam sebelum beliau (Chin Cheh) serah surat letak jawatan. Tiada rundingan dengan beliau tetapi sudah tentu saya kena hormat keputusannya bagi membolehkan saya bertanding," katanya Anwar di Taman Mesra Kajang malam kelmarin.

Dalam pada masa yang sama, Anwar terus berdolak-dalik mengenai berita bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Abdul Khalid sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Ini kerana, dia memuji kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi dalam masa yang sama dia menkritik Abdul Khalid yang lemah didalam berpolitik.

"Ramai orang tanya apa akan berlaku selepas ini. Saya jawab biar saya menang dulu lepas itu kita akan pergi satu persatu. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid kerana berjaya mengurus ekonomi Selangor dengan cemerlang melalui sikap jimat cermat dan berhemahnya," katanya.

"Tapi kita sekarang berdepan cabaran realiti politik semasa yang cukup hebat dan untuk mengekalkan Selangor dan menjadikan negeri ini sebagai batu loncatan untuk menawan Putrajaya dalam masa empat tahun lagi, kita memerlukan pasukan kepemimpinan yang lebih mantap," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor