BONTANG, Kalimantan Utara - Ribuan penduduk yang menetap di sekitar sungai Jembatan Kuning, di sini, terkejut apabila mendapati air yang mengalir di sungai tersebut berubah menjadi warna merah.
Seorang penduduk di kampung Berbas Tengah yang tinggal berhampiran sungai berkenaan, Sudarman berkata, dia menyedari perubahan warna air sungai itu kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.
"Setakat ini, kami masih tidak mengetahui bagaimana perkara ini boleh terjadi.
"Namun, kebanyakan warga di sini percaya air tersebut berubah kerana terdapat aktiviti membuang sisa-sisa cat atau pewarna ke dalam sungai,'' jelas Sudarman baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Agensi Alam Sekitar Bontang, Agus Amir ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian memberitahu, siasatan kini sedang dijalankan dan maklumat terperinci berkenaan punca kejadian akan diberitahu kelak.
"Kami sudah mengambil sampel air sungai dan akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji, sebelum maklumat lengkap diumumkan,'' ujarnya lagi. - AGENSI
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor