TEMERLOH - Lebih 700,000 pelajar di Pahang menerima pelbagai bantuan dan pinjaman pendidikan daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang sejak tahun 1983.
Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kerajaan negeri akan terus menyediakan peruntukan besar dalam pendidikan bagi membolehkan lebih ramai pelajar negeri ini mendapat peluang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
"Yayasan Pahang memperuntukkan RM60juta hingga RM70 setahun bagi pinjaman dan bantuan kepada pelajar Pahang dengan separuh daripada peruntukan itu adalah bagi membiayai pengajian pelajar di luar negara.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Yayasan Pahang dan anggota Dun Lanchang
berkata kerajaan juga memberikan pelbagai bantuan kepada para pelajar
termasuk pakaian, peralatan sekolah, buku, wang saku, pengangkutan,
makanan percuma dan yuran percuma demi memastikan semua pihak tidak
tercicir dalam bidang pendidikan.
"Inilah kerajaan Barisan Nasional, yang lain belum tentu lagi," katanya lagi.
"Kerajaan negeri berharap pelaburan yang dibuat sekarang akan memberikan keuntungan berganda kepada negeri dan rakyat, apabila para pelajar terbabit kembali bertugas di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lanchang, di sini.
"Kita berharap mereka yang menerima pinjaman ataupun bantuan itu tidak akan mensia-siakannya dan apabila tamat pengajian nanti akan kembali menabur jasa serta berbakti kepada negeri," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor