Pages

Friday, September 27, 2013

KERAJAAN BN TETAP TEPATI JANJI


TEMERLOH - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap akan melaksanakan janji semasa pilihan raya umum lepas, namun ianya berdasarkan perancangan rapi meliputi soal peruntukan serta kesan dan manafaat kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, setiap projek yang hendak dilaksanakan memerlukan perancangan dan kajian teliti kerana ia membabitkan kewangan rakyat.

"Setiap wang yang kerajaan belanjakan itu adalah wang rakyat, ianya perlu dibelanja dan diurus secara teliti dan terancang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dari Pas yang meminta kerajaan membina jambatan kedua di Temerloh sepertimana yang dijanjikan sebelum ini.

Katanya kerajaan BN mempunyai jadual dan program melaksanakan setiap projek pembangunan di Pahang, malah kerajaan tidak pernah berhenti melaksanakan pelbagai program dan projek pembangunan untuk rakyat.

Mohd Sharkar yang juga Exco kerajaan negeri berkata, kerajaan tidak akan memungkiri janji dan pihak pembangkang tidak perlulah berterusan mengadu-domba perkara yang tidak benar terhadap kerajaan BN. - Bernama

1 comment:

  1. "perancangan dan kajian teliti".. tak cukup kajian ke kalau nak buat lambatan kedua tu? Dahlah itu satu2nya jalan ke seberang Temerloh yang menempatkan hospital di kawasan tu, kalau jem, banyak sangat masalah yang timbul.. kereta sentiasa bertali arus..

    Masih menunggu jambatan, masjid, stadium bola dan kompleks sukan, IPTA dan IPTS, MRSM dan beberapa projek lain lagi yang dijanjikan dibuat di Temerloh. Kalau masih tak tepati janji, rasanya kekal parlimen ke tangan pakatan PRU14 dan silap2 dun Lanchang jugak terlepas ke pembangkang mengikuti langkah dun Kuala Semantan dan Mentakab.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor