Pages

Tuesday, August 27, 2013

WASPADA KOMEN DALAM INTERNET



TEMERLOH - Penjawat awam diminta berhati-hati dalam membuat sebarang komen berkaitan dasar kerajaan di laman sosial kerana boleh menjejaskan integriti serta nama baik perkhidmatan awam.

Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Borhan Dollah berkata, kemunculan laman sosial seperti Facebook dan Twitter digunakan segelintir golongan itu untuk membuat komen memburukkan jabatan atau agensi kerajaan.

Menurutnya, JPM menerima aduan dan maklum balas mengenai pembabitan sebilangan mereka yang memberi komen negatif dan bertentangan dengan dasar kerajaan.

“Selaku penjawat awam, mereka wajib memelihara integriti ketika menggunakan media sosial kerana apa diluahkan itu boleh dibaca di seluruh dunia.

“Oleh itu, sebarang masalah atau apa juga rasa tidak puas hari perlu diselesaikan di peringkat jabatan dan tidak perlu ‘membuka pekung di dada’ untuk tatapan orang luar," katanya.

Borhan berkata, golongan itu perlu menjaga nama baik jabatan serta agensi kerajaan dan mengikut peraturan yang ditetapkan di samping mengelak memberi komen negatif dalam laman sosial terbabit .

Dalam pada itu, katanya, majlis tersebut diadakan bukan sahaja untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi juga merapatkan hubungan dalam kalangan kakitangan awam Bahagian berkenaan.

Katanya, cara itu memberi peluang kepada mereka mengemukakan masalah atau pendapat kepada pegawai kanan yang hadir dalam majlis tersebut.

“Semua permintaan atau masalah yang dikemukakan akan diberi tindakan serius oleh jabatan masing-masing selagi tidak bertentangan dasar kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor