Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menurut beliau, perjanjian itu akan membawa kepada penjajahan baru oleh negara kuasa besar memandangkan terma yang dikenakan memberi lebih banyak kerugian kepada Malaysia berbanding keuntungan.
Saya sudah lihat sebahagian daripada draf kandungan perjanjian itu, namun banyak perkara perlu diteliti terutamanya maksud sebenar di sebalik huruf-huruf kecil.
Kerajaan perlu mengkaji dengan teliti tentang untung rugi perjanjian ini dan jangan sembunyikan kerana kesannya akan dirasai semua rakyat Malaysia," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama Persidangan Meja Bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri; Pengerusi MTEM, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas; Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar dan Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah MTEM.
Dalam persidangan yang diadakan itu, Pengarah Eksekutif South Centre yang berpangkalan di Switzerland, Martin Khor serta pensyarah dari Universiti Auckland, Prof. Jane Kelsey turut membentangkan kertas kerja masing-masing.
Sementara itu dalam ucapannya, Dr. Mahathir memberitahu, daripada segi sejarah, negara kuasa besar akan sentiasa cuba meluaskan pengaruhnya sebagaimana dilakukan dalam Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Negara-negara bekas penjajah tidak dapat lagi mengakses kekayaan dari wilayah yang pernah ditakluk mereka. Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada secara ketenteraan ataupun ekonomi," katanya.
Jelasnya, Amerika Syarikat (AS) menjanjikan pasaran luas negara itu akan terbuka kepada Malaysia, namun pelbagai syarat ketat akan dikenakan dan syarikat dari Malaysia belum mencapai tahap kemajuan teknologi ataupun kekuatan modal untuk bersaing dalam pasaran besar tersebut.
Kita juga melihat banyak dalam perjanjian perdagangan bebas AS mahu syarikat mereka diberi status nasional serta berhak mendapat kontrak kerajaan sebagaimana syarikat tempatan.
Andai kata perkara ini tidak dipatuhi, maka mengikut perjanjian, syarikat asing itu boleh menyaman kerajaan di tribunal negara asing kerana tidak mematuhi perjanjian," katanya yang memberitahu syarat keistimewaan itu bukan hanya menjejaskan syarikat bumiputera tetapi syarikat Malaysia yang lain.
Menurutnya, seandainya perjanjian itu dimeterai, banyak polisi kerajaan yang melindungi kepentingan negara tidak dapat dilaksanakan termasuk kawalan ringgit yang pernah menyelamatkan ekonomi Malaysia serta Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyusun struktur sosioekonomi masyarakat.
Katanya, buat ketika ini tanpa TPPA sekalipun, Malaysia sudah mempunyai perjanjian perdagangan dengan negara-negara terlibat, di samping menjadi sebuah negara membangun yang berjaya mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM1 trilion.
Menurut Dr. Mahathir, Malaysia tidak perlu terperangkap dalam perjanjian dan terlibat dalam politik antarabangsa kerana TPPA merupakan agenda AS untuk menyekat perkembangan ekonomi China terutamanya di rantau Asia Pasifik.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor