KUALA LUMPUR - Sikap pemimpin Pas khususnya golongan ulama yang sehingga kini tidak mahu bertegas dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini amat mendukacitakan.
Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, sikap tersebut sekali gus akan mengelirukan banyak pihak dan bakal menjerumuskan umat Islam ke lembah syirik serta murtad.
''Biarlah pemimpin Pas bersikap seperti 'anai-anai' menyokong pihak gereja tetapi pemimpin dalam kalangan ulama mesti membuat penjelasan.
''Mereka hendaklah membuat satu kenyataan yang tegas, dalam masa sama memanggil semua ketua dewan ulama negeri-negeri untuk diberikan penjelasan agar mereka boleh bertindak menerangkannya kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi,'' katanya hari ini.
Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, merujuk kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebelum ini, perkara itu boleh membawa kepada syirik.
''Ertinya ini perkara besar dan urusan fiqhul akbar. Oleh itu, segala kekeliruan dalam kalangan umat Islam mesti dirungkai segera oleh pemimpin ulama di dalam Pas,'' katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Hafiz meminta pemimpin Pas, khususnya golongan ulama segera membuat pencerahan terhadap isu kalimah Allah supaya tidak timbul kekeliruan.
''Asasnya hendaklah merujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan,'' katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor