TEMERLOH - Seorang peniaga ikan ditemui mati dengan kesan tujuh das tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau di sini, malam kelmarin.
Mayat mangsa, Ab Majid Ab Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 9.05 malam sebelum melaporkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan dan bertindak membawa mangsa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas) untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat pakar forensik Hoshas mendapati, mangsa mati akibat terkena tujuh das tembakan iaitu dua di kepala, dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan,” katanya.
Beliau berkata, mengikut laporan mangsa keluar dari rumahnya di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos lepas.
Menurutnya, isteri mangsa yang bertindak mencari suaminya itu hanya menemui kereta jenis Proton Perdana milik mangsa di kawasan Klinik Kesihatan Temerloh.
"Dia kemudian lapor polis berhubung kehilangan suaminya itu," katanya.
Abdul Aziz berkata, mangsa dipercayai keluar memancing seorang diri di kawasan tebing sungai dekat klinik kesihatan tersebut, namun mayatnya hanya ditemui lebih satu kilometer di Kampung Buntut Pulau.
Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata digunakan.
“Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat dan mati akibat tembakan di kepala dan dada. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor