JERANTUT - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu penduduk di Kampung Bharu di sini dijangka selesai sebelum sambutan Aidilfitri ini.
Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Jerantut, Ahmad Ramzi Jamaludin berkata, pihaknya telah mengenal pasti empat langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
"Pertama, kita akan cari punca tekanan air rendah di kawasan terbabit dan jika gagal kita akan mengambil punca air dari kawasan bandar.
"Jika langkah kedua juga gagal kita akan menaik taraf booster. Sekiranya didapati keupayaan booster ini di bawah lima bar, pihak kami akan cuba meningkatkan keupayaannya supaya mampu mengatasi masalah tekanan air rendah," katanya.
Ahmad Ramzi berkata, jika ketiga-tiga jalan penyelesaian itu masih tidak mampu mengatasi masalah tekanan air rendah, pihaknya terpaksa memilih langkah terakhir iaitu membina tangki air di kampung tersebut.
Sementara itu Ahmad Nazlan berkata, beliau bersimpati dengan nasib penduduk kampung yang menggunakan air bukit dari puncak Sungai Ulu Jawa.
"Mereka terpaksa menunggang motosikal sejauh tiga kilometer dan kemudian berjalan kaki satu kilometer untuk membaiki saluran air ke rumah mereka yang rosak akibat hujan lebat," ujarnya.
Menurutnya, beliau dan Paip akan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut agar tidak berlarutan.
"Saya harap penduduk di sini dapat bersabar dan kami akan cuba mengatasi masalah tekanan air ini secepat mungkin untuk keselesaan penduduk," jelasnya.
Adakah ianye benar d pekan,air kadang2 tiada? Krn d fb pembangkang,mrk masih mengajukn hal ini.
ReplyDelete