BAGAI sudah berjanji pula, apabila setiap kali menjelang Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri, maka ada saja barangan keperluan yang naik.
Biarpun bagi sesetengah barangan sudah ada harga siling yang ditetapkan tetapi peniaga-peniaga tetap menaikkan harga dengan alasan pengeluar dan pembekal pula mengenakan harga yang tinggi. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menaikkan harga kerana tidak mahu menanggung rugi.
Maka ini sudah pasti menimbulkan pertanyaan kepada orang ramai. Kenapa harga barangan ini boleh naik? Jika barangan itu bukan barangan kawalan, bolehkah peniaga menaikkan harga dengan sesuka hati?
Peningkatan secara mendadak harga ayam di beberapa negeri sejak sebelum Ramadan lagi, menimbulkan keresahan orang ramai. Harga naik mencecah RM1 hingga RM2 sekilogram menunjukkan pesta naik harga untuk ayam ini memang tidak dapat dikawal lagi. Ayam bukan menjadi barangan kawalan ketika ini. Jadi, peniaga menganggap tidak salah untuk menaikkan harga.
Di kebanyakan negeri, harga ayam ketika ini dilaporkan dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram. Dalam pada itu, ada sesetengah kawasan menjualnya pada harga sehingga RM9 sekilogram. Harga berkenaan jauh lebih tinggi berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram sebelum ini.
Maka perkembangan ini sudah pasti perlu diambil serius dan ditangani secara bijak oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sebab isu kenaikan harga barangan keperluan di mana-mana negara pun adalah isu paling sensitif dan boleh menyebabkan kemarahan rakyat.
Sebabnya, rakyat pasti terbeban dengan apa saja barangan keperluan yang naik. Sedangkan pendapatan bagi seisi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana banyak itulah juga, tidak bertambah. Ditambah pula tiada barangan keperluan lain yang turun, semuanya kalau boleh mahu naik harga.
Kita tidak boleh menyelesaikan isu kenaikan barangan mana-mana barangan ini dengan sekadar menerima saranan beberapa pihak supaya orang ramai memboikot barangan yang naik itu.
Bila harga ayam naik, boikot jangan beli ayam, bila harga gula naik, jangan makan gula atau bila harga minyak masak naik, jangan guna minyak berlebihan ketika masak, tidak baik untuk kesihatan.
Sepatutnya, setelah melalui pelbagai perayaan setiap tahun, pihak yang berkenaan telah arif dengan apa yang berlaku dan sudah ada jalan penyelesaian sama ada penyelesaian jangka panjang atau pendek untuk mengatasinya. Bukan sekadar menerima aduan, beri amaran, pantau dan kenakan tindakan. Ini kerana setiap kali berlaku kenaikan harga sudah pasti persatuan-persatuan pengeluar, pembekal dan pemborong industri yang sama akan dipanggil untuk berbincang mengenai isu ini.
Dan pada masa yang sama, rakyat ingin tahu dengan jelas mengapa harga ayam naik ketika ini. Dari mana punca kenaikkan itu bermula. Jika dari pihak pembekal apa rasionalnya?
Yang menjadi tanda tanya juga, kenapa setiap kali tiba musim perayaan, paling ketara apabila umat Islam mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri ada saja barangan yang naik harga seperti ayam, daging, tepung, gula dan santan sebelum ini.
Adakah benar-benar ini faktor permintaan yang terlalu tinggi menyebabkan bekalan berkurangan dan kesukaran untuk mendapatkannya. Atau mereka ini hanya sekadar mahu main tarik tali untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Jadi bila harga ayam naik, kerana kurangnya bekalan, kementerian terbabit menggalakkan pengimportan ayam dari negara lain seperti Australia dan benua Eropah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan ayam tempatan.
Maka wujud cadangan, disebabkan kenaikan harga ayam ini selalu berlaku apabila umat Islam menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri, maka sudah tiba masanya FAMA, Felda, Risda dan Tabung Haji mengambil bahagian menceburi penternakan ayam berskala besar-besaran. Beri peluang anak-anak Melayu jadi penternak, penyembelih, pembekal dan penjual.
Bila ada persaingan, kita tengok masalah naik harga pada musim perayaan ini akan terus berlaku atau harga pasaran dapat distabilkan.
Dan bagi yang tidak habis-habis mengaitkan semua isu dengan politik, janganlah terus mengambil kesempatan ini menyalahkan kerajaan atau UMNO kerana kenaikan harga ayam ini. Yang menaikkan harga ayam ini ialah pembekal dan peniaga yang sudah pastinya bukan semuanya menyokong kerajaan pada pilihan raya umum yang lalu.
Di Indonesia pun, ketika ini harga ayam turut naik dengan mendadak dan menjadi tajuk utama berita di medianya. Kerajaannya turut mencari mekanisme untuk menangani masalah kenaikan harga ini. Yang ini pun salah UMNO jugakah? - Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor