Kesemua 1,633 peniaga pasar Ramadan di bandar ini diminta mematuhi peraturan dan syarat khas yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengekalkan imej bersih bandar Kuantan.
Pengerusi Jawatankuasa Perlesenan dan Peniaga Kecil Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Suhaimi Sulong berkata, ini termasuklah menggunakan bekas makanan bertutup lutsinar ketika berniaga sepanjang bulan Ramadan nanti.
Menurutnya, kegagalan peniaga mematuhi arahan dan syarat khas yang dikenakan boleh mengakibatkan permit perniagaan mereka ditarik semula.
"Tindakan tegas itu dilakukan bukan sebagai membebankan peniaga sebaliknya untuk memastikan tahap kebersihan dapat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat dan Penyerahan Permit Perniagaan kepada peniaga terlibat di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun ini, jumlah peniaga di pasar Ramadan bertambah sebanyak 336 orang.
"Pertambahan 26.1 peratus ini jelas menunjukkan komitmen tinggi peniaga sepanjang bulan Ramadan nanti," jelasnya.
Katanya, pada tahun ini sebanyak 28 tapak pasar Ramadan diluluskan dengan sembilan tapak adalah di bawah pengurusan MPK manakala 19 lagi di bawah pengurusan lain seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan persatuan-persatuan.
"Terdapat empat pasar Ramadan yang baru dibuka pada tahun ini iaitu di RRM Kemunting Jalan Tanah Putih, Bukit Rangin, Taman Tas dan Kampung Pandan 2," ujarnya.
Sehubungan itu, Suhaimi berharap agar peniaga bukan sahaja mematuhi syarat yang ditetapkan, tetapi perlu menjaga amanah masing-masing.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor