Pages

Thursday, July 4, 2013

680 PELAJAR PAHANG SELAMAT DI MESIR


KUANTAN - Kesemua 680 penuntut negeri ini yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir disahkan berada dalam keadaan selamat selepas negara itu berada keadaan tidak menentu setelah Presiden Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri mempunyai pegawai Yayasan Pahang di sana untuk memantau penuntut terlibat yang kebanyakannya berada di Kaherah dengan 160 daripadanya merupakan pelajar tajaan Yayasan Pahang.

"Berdasarkan maklumat terkini, semua pelajar berada dalam keadaan selamat dan mereka sudah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menyimpan bekalan makanan mencukupi sejak dua minggu lalu," katanya selepas menerima kunjungan wakil Kedutaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor