Pages

Thursday, July 18, 2013

KARPAL SINGH MAHU MENJADI PRESIDEN MALAYSIA PERTAMA


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman hairan dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang cepat melatah hingga membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau di Kuala Besut baru-baru ini.

Katanya, kenyataan beliau ketika berceramah pada 14 Julai lalu yang mengaitkan Karpal boleh menjadi Presiden pertama Malaysia jika pengundi di Kuala Besut membenarkan DAP mengawal Putrajaya melalui Pas merupakan pemerhatiannya terhadap tindak-tanduk parti itu selama ini.

"Pandangan saya ini berdasarkan apa yang telah DAP lakukan selama ini dan pertalian rapat antara DAP dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura yang menjadikan negara jiran tersebut sebagai model mereka," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kementeriannya, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Karpal yang membuat laporan polis di balai polis Tun H. S. Lee hari ini kerana mendakwa kenyataannya itu berbaur hasutan.

Menurut Tajuddin, sekiranya Karpal mendakwanya mengeluarkan kata-kata menghasut, tindakan Pengerusi DAP itu yang pernah mengkritik institusi diraja Perak sebelum ini lebih biadab.

Malah, katanya, DAP juga lebih rasis kerana pernah membuat kenyataan terbuka kerajaan berteraskan Cina ketika mereka berjaya memerintah Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 jatuh disebabkan Barisan Nasional (BN).

"Mereka sudah tidak boleh menyembunyikan agenda mereka lagi dan kita boleh tengok menerusi raut wajah dan mata mereka untuk membaca niat sebenar DAP," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor