RAUB - Semalam (23hb Jun 2013), Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Dato' Mohd Sharkar Shamsudin dalam ucapannya berkata bahawa kerajaan negeri akan memastikan bahawa tiada pembangunan tanah secara besar-besaran di Bukit Fraser bagi menjaga kepentingan alam sekitar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutupan dan penyampaian hadiah pertandingan 'Fraser's Hill Intertational Bird Race 22-23 Jun 2013'. Pertandingan mengenal burung ini telah diadakan di Bukit Fraser sejak 1988 lagi dan menyambut jubli perak nya pada tahun lalu.
Beliau juga berharap agar Bukit Fraser akan terus menjadi destinasi pemerhatian burung antarabangsa yang utama di Malaysia serta terus jadi tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah dari luar negara ketika berlakunya perubahan musim.
Bagaimanapun, pertandingan ini mesti dipromosikan lebih baik lagi memandangkan penyertaan dari peserta antarabangsanya yang sudah semakin berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pihak berkenaan harus melakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh serta lebih telus lagi.
Bagaimanapun, pertandingan ini mesti dipromosikan lebih baik lagi memandangkan penyertaan dari peserta antarabangsanya yang sudah semakin berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pihak berkenaan harus melakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh serta lebih telus lagi.
Majlis penutupan acara berkenaan telah disempurnakan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kategori yang dipertandingkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor