PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan membuka bilik gerakan pemantauan jerebu sekiranya keadaan bertambah buruk sehingga bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kementerian juga akan memantau keadaan penyakit berkaitan dengan jerebu seperti jangkitan saluran pernafasan dan asma.
Beliau berkata, sejak 17 Jun lalu kementerian melakukan pemantauan secara harian di Pahang, Johor dan Melaka dan hasilnya tiada peningkatan ketara kedatangan pesakit bagi mendapatkan rawatan penyakit berkaitan jerebu.
"Sebagai persediaan awal, kementerian telah memaklumkan kepada kakitangan supaya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya peningkatan kes penyakit berkaitan jerebu.
"Aktiviti kesihatan kepada golongan berisiko tinggi di peringkat klinik kesihatan akan dipergiatkan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibatnya jerebu sekiranya ia terjadi dan berpanjangan.
"Kementerian juga akan memastikan ubat-ubatan sentiasa mencukupi," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di semua peringkat bagi mendapatkan bacaan IPU yang terkini terutama di kawasan yang mempunyai stesen pemantauan JAS.
"Kementerian juga ingin menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuk mengurangkan aktiviti luar rumah dan menggunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai usaha pihak tertentu yang menolak suntikan vaksin dan imunisasi kepada bayi, Subramaniam berkata, tindakan adalah sia-sia dan merugikan pihak itu sendiri.
Katanya, semua vaksin yang digunakan didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor